29.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Annuar Musa ada formula rahsia tawan Melaka

    Shopee Sale

    Anggota jawatankuasa kerja pusat PAS, Annuar Musa menjangkakan kerjasama antara BN dan Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya negeri Melaka akan datang mampu memenangi sekurang-kurangnya 24 kerusi.

    Walau bagaimanapun, bekas anggota parlimen Ketereh itu memberi peringatan bahawa strategi pilihan raya perlu disesuaikan mengikut keadaan negeri tersebut.

    “Cabarannya ialah bagaimana menyusun satu persefahaman yang mantap. Ia tidak boleh menggunakan formula Johor atau Negeri Sembilan...

    “Terserahlah pada kebijaksanaan pimpinan BN dan PN mencari satu formula menang, Insya-Allah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

    Mengulas PRN Melaka yang akan berlangsung dalam tempoh lebih kurang kira kira 90 hari lagi, katanya keadaan di negeri itu sangat berbeza sambil mengingatkan bahawa PAS menguasai dua daripada enam kerusi parlimen di negeri tersebut.

    “PN menguasai tiga daripada enam (kerusi) parlimen di Melaka. Manakala BN tiada sebarang kerusi di Melaka.

    “Sejak PRU-15 PAS Melaka mencatat perkembangan paling pesat. Puluhan cawangan baru dibuka, dengan pertambahan ahli cukup ramai,” kata bekas pemimpin Umno itu.

    Selain itu, Annuar berkata, sekutu terbaru PN, Parti Wawasan Negara Melaka pula dipimpin oleh ramai bekas pemimpin kanan Bersatu yang menjadikan PN Melaka cukup padu.

    “BN Melaka pula kuat dan menguasai kerusi negeri. Selepas PRU-15 yang menyaksikan kemerosotan besar BN, tahap sokongan terkini belum teruji.

    MENARIK:  BN sasar 5 kerusi WP, jamin tiada pertindihan dengan PH - Zahid

    “Namun jika PN-BN berpadu tenaga secara menyeluruh dan berimbang, bolehlah kita jangkakan PN-BN menyapu bersih sekurang kurangnya 24 atau 25 daripada 28 kerusi,” katanya lagi.

    Pada PRN 2021, BN sebagai blok kerajaan memenangi 20 kerusi, manakala PH meraih lima kerusi, dan PN mendapat tiga kerusi.

    Ahad lalu, Pengerusi BN Melaka, Ab Rauf Yusoh dilaporkan nerkata BN terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak di bawah formula BN Plus.

    Dia yang juga pengerusi Umno Melaka berkata dirinya membuka pintu seluas-luasnya untuk mana-mana pihak yang ingin berunding dengan parti tersebut bagi menghadapi PRN kali ini.

    "Siapa juga boleh datang berunding, tapi runding tidak semestinya berakhir dengan perjanjian atau pun persetujuan... ia melihat kepada kelebihan masing-masing.

    "Jadi kita tak terikat dalam mana-mana satu ikatan yang belum lagi dijadikan secara formal sebagai gabungan muktamad, tetapi saya terbuka kepada semua orang untuk datang berunding dengan saya," katanya.

    Sebelum itu, Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi dilapor berkata kejayaan kerjasama antara BN dan PN membentuk kerajaan Negeri Sembilan pada Sabtu lalu dijangka menjadi pemangkin kepada gabungan itu untuk meneruskan momentum kemenangan pada PRN Melaka akan datang.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah