29.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    POV XTRA: Takut Masa Terbuang Dalam Industri, Zaki Yamani Pasang Impian Jadi Seniman Disanjungi

    Shopee Sale

    Bergelar anak seni pada usia muda bukan hanya tentang mengejar populariti atau berada di bawah sinaran lampu pentas terutamanya pada era industri masa kini.

    Di sebalik setiap peluang yang diterima, terselit kebimbangan sama ada segala masa, tenaga dan pengorbanan yang diberikan benar-benar mampu membawa seseorang lebih jauh dalam industri.

    Artikel Berkaitan: ‘Terkilan, Perkara Itu Mencalarkan Baik Ibu Saya’ – Zaki Yamani

    Artikel Berkaitan: ‘Tangan Dia Atas Riba Saya, Kata Saya Jambu’ – Zaki Yamani Dakwa Pernah Jadi Mangsa Gangguan Seksual

    Takut Membazirkan Masa Dalam Industri

    POV XTRA membawakan pandangan selebriti mengenai pelbagai isu, daripada topik yang hangat diperdebatkan hinggalah persoalan harian yang sering bermain dalam fikiran ramai. Tiada jawapan mutlak, tetapi setiap perspektif membuka ruang untuk sesuatu perkara dilihat dari sudut berbeza.

    Menerusi segmen POV XTRA kali ini, penyanyi dan pelakon, Zaki Yamani berkongsi mengenai ketakutan terbesarnya sebagai anak seni, impian untuk bergelar seniman serta pandangannya terhadap pengiktirafan dalam industri hiburan.

    Bagi Zaki, ketakutan yang masih belum dapat diatasinya adalah kemungkinan masa dan usaha yang dicurahkan dalam industri tidak memberikan hasil seperti diharapkan.

    Namun, perkara tersebut tidak akan menghalangnya daripada terus memberikan yang terbaik selagi masih mempunyai tenaga dan peluang untuk berkarya.

    Ketakutan saya adalah takut membazirkan masa dalam industri. Tetapi saya akan buat sehabis baik selagi saya masih mampu.

    Setiap nyanyian daripada saya adalah kenangan antara saya dengan pendengar dan peminat yang selama ini menyokong saya.

    Kenyataan itu memperlihatkan anak kepada penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah itu bukan sekadar mahu mengejar populariti, malah berharap setiap karya dan persembahannya dapat meninggalkan memori kepada mereka yang mengikuti perjalanan seninya.

    Mahu Dikenali Sebagai Seorang Seniman

    Apabila ditanya mengenai kedudukannya dalam tempoh 10 tahun akan datang, pemuda berusia 20 tahun itu berharap dirinya mampu berkembang menjadi seorang penghibur yang lebih matang dan versatil.

    Mungkin saya nampak diri saya sebagai salah seorang seniman, insya-Allah.

    Saya mengharapkan dan mendoakan perkara itu, selain akan berusaha sehabis baik.

    Impian untuk bergelar seniman bukan sesuatu yang mampu dicapai dalam tempoh singkat. Ia memerlukan pengalaman, disiplin serta kesungguhan untuk terus belajar dalam bidang nyanyian dan lakonan.

    MENARIK:  Khasiat Telur & Had Pengambilan Yang Disarankan

    Belum Terlalu Memikirkan Anugerah

    Meskipun mempunyai cita-cita besar, Zaki mengakui masih terlalu awal untuk meletakkan kemenangan anugerah sebagai sasaran utamanya kerana menganggap dirinya masih baharu dalam industri.

    Buat masa sekarang, sebagai pendatang baharu mungkin terlalu awal untuk saya meraih sebarang anugerah.

    Tetapi kalau diberikan rezeki untuk memenangi anugerah, tidak kiralah menerusi bidang lakonan atau nyanyian, saya pasti sangat bersyukur.

    Ia tentunya menjadi satu pencapaian yang sangat baik buat saya yang masih muda sebagai anak seni,” katanya.

    Buat Zaki, anugerah mungkin menjadi satu bentuk pengiktirafan, namun perjalanan membina nama dan menghasilkan karya yang mampu diingati peminat dilihat lebih penting pada tahap ini.

    Dengan ruang yang semakin terbuka dalam bidang nyanyian dan lakonan, Zaki kini mahu terus mencuba, memperbaiki diri serta membuktikan bahawa dirinya mampu membina identiti sendiri sebagai anak seni.

    Dalam perkembangan lain, Zaki kini mula berkecimpung sebagai pelakon menerusi filem Tiket Sehala yang akan ditayangkan pada pawagam bermula 6 Ogos ini.

    Filem arahan Rahila Ali itu mengisahkan sekumpulan rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan ketika mencari rezeki di Korea Selatan.

    Selain Zaki, filem itu turut dibintangi oleh Noki K-Clique, Jaa Suzuran, Sharifah Sakinah, Sheila Mambo, Ardell Aryana, Hasnul Rahmat, Ainee Mustafa dan Saha Champ, selain turut menampilkan barisan pelakon antarabangsa dari Korea Selatan, Thailand dan Indonesia.

    The post POV XTRA: Takut Masa Terbuang Dalam Industri, Zaki Yamani Pasang Impian Jadi Seniman Disanjungi first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah