Bekas perdana menteri Najib Razak telah memfailkan kenyataan saksinya setebal 525 muka surat bagi peringkat pembelaan dalam perbicaraan kes salah guna kuasa dan pengubahan wang haram 1MDB berjumlah RM2.27 bilion.
Timbalan pendakwa raya Ahmad Akram Gharib mengesahkan pasukan peguambela Najib dari firma guaman Shafee & Co telah menyerahkan salinan kenyataan saksi tersebut melalui emel kepada pihak pendakwaan.
"Pihak pendakwaan menerima kenyataan saksi Najib melalui emel sekitar jam 5.48 petang.
"Ia terdiri daripada dua jilid dengan jumlah keseluruhan 525 muka surat," kata pendakwa raya kepada Malaysiakini.
Najib dijadualkan memberi keterangan di kandang saksi pada Isnin minggu depan untuk menyangkal keputusan prima facie yang dibuat terhadapnya.
[Berita penuh menyusul]





