34 C
Kuala Lumpur
Monday, May 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lelaki ugut bakar anak positif dadah, ada 12 rekod lampau

    Shopee Sale

    Seorang lelaki yang ditahan kerana disyaki memukul dan mengugut untuk membakar anak lelakinya di Kuantan, didapati positif dadah jenis methamphetamine.

    Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata suspek berumur 35 tahun yang ditahan di Maran, Rabu lepas itu turut mempunyai 12 rekod lampau melibatkan kes jenayah dan narkotik.

    "Suspek masih direman sehingga 25 Sept ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi Bernama.

    Dia berkata mangsa berusia dua tahun itu kini berada di bawah jagaan ibu kandungnya dan dalam keadaan sihat.

    Wan Mohd Zahari sebelum ini dilaporkan berkata ibu kanak-kanak tersebut telah membuat laporan polis setelah menerima beberapa klip video bekas suaminya memarahi anak mereka dengan memukul dan mengugut untuk membakar kanak-kanak tersebut. 

    MENARIK:  Bom mortar ditemukan berhampiran Terowong Menora

    Suspek dilaporkan bertindak demikian kerana dipercayai tidak bersetuju dengan penceraian bersama ibu mangsa dan merakam video sebagai ugutan dan protes. 

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah