29 C
Kuala Lumpur
Monday, June 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kerusi DUN Rembia berisiko dikosongkan, kata Veteran Umno

    Shopee Sale

    Kerusi dewan undangan negeri (DUN) Rembia boleh berdepan kekosongan susulan tindakan wakil rakyatnya Muhammad Jailani Khamis yang menyertai PAS, kata Veteran Umno.

    Setiausahanya Mustapha Yaakub berkata, tindakan Jailani yang melompat parti daripada Umno kepada PAS secara senyap dan bersembunyi ternyata satu penipuan dan berniat tidak jujur kepada Speaker DUN Melaka.

    Mustapha Yaakub

    "Tindakannya meyembunyikan lompatannya semata-mata untuk mengelak dari tindakan Akta Antilompat Parti.

    "Bagaimanapun dia berdepan dengan tindakan saman sebanyak RM100 juta oleh Umno kerana telah menandatangani akujanji sebelum pilihan raya negeri yang lalu.

    "Ini bermakna dia akan berhadapan dengan tuduhan menipu speaker dan melanggar aku janji parti yang boleh mengakibatkan kerusi DUN (Rembia) dikosongkan dan diheret ke mahkamah," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

    Terdahulu Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan mengumumkan Jailani menyertai parti itu.

    Bagaimanapun kata Takiyuddin, penyertaan Jailani ke dalam PAS tidak akan menjejaskan kedudukan Adun terbabit kerana DUN Melaka belum lagi menguatkuasakan undang-undang antilompat parti.

    Penyertaan Jailani itu menjadikan PAS kini mempunyai wakil tunggal dalam DUN Melaka, dan tiga kerusi untuk pembangkang berbanding dua sebelum ini.

    Dua lagi wakil PN dalam DUN Melaka ialah Mohd Yadzil Yaakub (Bemban) dan Mohd Aleef Yusof (Sungai Udang).

    Semasa mengumumkan penyertaan Jailani, Takiyuddin berkata Adun terbabit mengemukakan permohonan untuk menjadi ahli PAS pada 10 Jun 2023.

    Permohonan itu, katanya, diterima pada hari yang sama.

    MENARIK:  Dr M jelaskan tiada kepentingan dalam Maha Klinik di Puncak Alam

    Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu menjelaskan, DUN Melaka hanya membuat pindaan berhubung undang-undang antilompat parti pada 31 Julai tahun lalu.

    "Beliau telah diterima menjadi ahli PAS pada 10 Jun 2023. Pada masa itu di Melaka belum ada undang-undang antilompat parti," katanya pada sidang media Selasa lalu.

    Pada 9 Sept tahun lalu Lembaga Disiplin Umno mengesyorkan supaya Jailani digantung keahliannya selama enam tahun.

    Ia dibuat selepas badan terbabit memanggil Jailani untuk menghadiri prosiding bagi menjelaskan tindakannya hadir di program kempen PN semasa pilihan raya kecil diadakan di Johor.

    Jailani asalnya memang ahli Umno sebelum meninggalkan parti berkenaan untuk menyertai PKR dan menjadi salah seorang Adun PH Melaka.

    Bagaimanapun dia bersama seorang lagi Adun DAP meninggalkan parti masing-masing untuk menyokong kerajaan baru pimpinan PN dan BN Melaka pada suku pertama 2020.

    Dia kemudian sekali lagi menyertai Umno selepas itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah