28.9 C
Kuala Lumpur
Monday, May 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kertas siasatan kes buli kadet UPNM dihantar ke AGC hari ini

    Shopee Sale

    Kertas siasatan (IP) berhubung kes buli dan dera seorang pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) petang ini untuk tindakan lanjut. 

    Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Mohd Isa berkata walaupun hingga kini pihak polis masih belum menerima laporan perubatan mangsa, ia tidak menganggu siasatan berhubung kes itu.

    Pada masa sama, dia menyedari ada segelintir pihak mempertikai mengapa suspek dalam kes berkenaan tidak direman untuk membantu siasatan.

    "Apabila kami menyiasat sesuatu kes, ada pertimbangan tertentu yang diambil kira sebelum keputusan untuk mereman suspek dibuat. Hanya kerana sesuatu kes telah dibuka, tidak semestinya suspek perlu direman untuk membantu siasatan," katanya. 

    MENARIK:  Aminuddin akur keputusan Majlis Rundingan, kekalkan kerjasama kerajaan perpaduan

    Rusdi berkata demikian pada sidang media selepas program Pendekatan Kesedaran Kes Jenayah Seksual dan Penipuan dalam Talian di Taman Tasik Metropolitan, Kepong, di Kuala Lumpur hari ini. 

    Merujuk kepada kes itu, dia berkata tiada keperluan untuk mereman suspek kerana polis telah merampas seterika dipercayai digunakan ketika kejadian serta mengambil kenyataan daripada mangsa dan saksi lain. 

    Angkatan Tentera Malaysia dalam kenyataan pada 30 Okt lepas mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian buli melibatkan seorang pelajar kadet UPNM yang dibuli oleh seniornya menggunakan seterika dengan ditekap di bahagian dada hingga meninggalkan kesan lecur seperti yang tular di media sosial.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah