32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kereta terjunam dari tingkat 3: Pekerja cuci kereta parah

    Shopee Sale

    Seorang pekerja sebuah kedai mencuci kereta parah selepas kenderaan pelanggan yang dipandunya melanggar tembok sebelum terjunam dari tempat letak kereta di tingkat tiga sebuah pangsapuri servis, di Jalan Klang Lama petang semalam.

    Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata kejadian berlaku kira-kira 5.38 petang melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Camry yang dipandu lelaki warga Afghanistan berusia 23 tahun.

    “Siasatan awal mendapati lelaki yang bekerja sebagai pencuci kereta itu dipercayai hilang kawalan ketika mahu meletakkan kenderaan milik pelanggan selepas dicuci.

    MENARIK:  Permohonan Anwar tangguh bicara saman Yusoff Rawther didengar 3 Jun

    “Dia dipercayai tersilap menekan pedal minyak menyebabkan kenderaan itu melanggar tembok dan terjatuh dari tingkat tiga sebelum menghempap dua kenderaan lain, iaitu Proton Iriz dan Perodua Myvi yang diparkir di bawah bangunan terbabit,” katanya ketika dihubungi Bernama malam tadi.

    Bagaimanapun, katanya kedua-dua pemilik kereta berkenaan tiada di dalam kenderaan terbabit ketika kejadian itu berlaku.

    Menurutnya, mangsa mengalami kecederaan parah dan dibawa ke zon merah Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah