29.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kereta terbabas langgar pagar Istana Besar di Johor Bahru

    Shopee Sale

    Sebuah kereta jenis Toyota Vios dipandu seorang lelaki berusia 25 tahun terbabas lalu melanggar pagar Istana Besar di Johor Bahru, semalam.

    Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata kejadian kira-kira pukul tiga petang itu berlaku akibat permukaan jalan raya yang licin.

    "Lelaki itu memandu kereta berseorangan. Keretanya terbabas sendiri tanpa membabitkan kenderaan lain dan dia tidak mengalami sebarang kecederaan.

    "Siasatan juga mendapati pemandu tidak berada dalam keadaan mabuk dan saringan ujian air kencing yang dibuat ke atas lelaki itu juga negatif dadah," katanya ketika dihubungi hari ini.

    Dia berkata pemandu tersebut dibebaskan dengan jaminan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

    MENARIK:  Unit Siasatan Jenayah Terkelas ambil alih siasatan laporan bekas PTD

    Terdahulu, tular beberapa keping gambar dan satu video berdurasi tiga saat memaparkan sebuah kereta merempuh pagar istana sehingga mengakibatkan pagar tersebut mengalami kerosakan.

    -Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah