28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kerajaan tubuh pasukan petugas khas siasat nahas FRU

    Shopee Sale

    Kementerian Pengangkutan akan menubuhkan pasukan petugas khas untuk menyiasat nahas maut melibatkan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di Teluk Intan, Perak pagi tadi.

    Menterinya Anthony Loke berkata pasukan terdiri daripada pakar dan ahli bebas itu akan meneliti kemalangan tersebut dan merumuskan langkah penambahbaikan dari aspek keselamatan. 

    "Pasukan petugas ini akan ditubuhkan segera dalam masa terdekat," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya (JK-MKKJR) di Putrajaya hari ini. 

    MENARIK:  Rodtang bawa aura pendekar Melayu sempena Ramadan

    Sembilan anggota FRU dari Unit 5 Ipoh maut dalam nahas di Jalan Chikus-Sungai Lampam pada 8.50 pagi, semasa konvoi pasukan itu dalam perjalanan pulang selepas bertugas sempena sambutan Chitirai Pournami di Teluk Intan.

    Lapan maut di tempat kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Teluk Intan. 

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah