31.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kempen Tahun Melawat Malaysia dilanjutkan ke hujung 2027

    Shopee Sale

    Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kebangsaan Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) kali ke-2 hari ini bersetuju untuk melanjutkan pelaksanaan VM2026 sehingga penghujung 2027.

    Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan itu akan dibawa ke mesyuarat jemaah menteri untuk pertimbangan serta mendapat persetujuan selanjutnya.

    “Keputusan ini diambil bagi membolehkan Malaysia mengambil pendekatan proaktif dalam memperkukuh strategi promosi, menonjolkan negara sebagai destinasi yang selamat, stabil dan berdaya saing, serta merebut peluang daripada perubahan corak perjalanan pelancong.

    “Langkah ini turut mengambil kira perkembangan semasa, termasuk konflik yang tercetus di Asia Barat Tengah pada 28 Feb lalu yang memberi kesan ketara terhadap kestabilan serantau serta menjejaskan sektor pelancongan global,” katanya.

    Ahmad Zahid berkata demikian dalam kenyataan selepas mempengerusikan jawatankuasa itu di Putrajaya hari ini.

    Dia yang juga pengerusi jawatankuasa itu berkata unjuran menunjukkan ketibaan pelancong dari Timur Tengah boleh merosot antara 11 peratus hingga 27 peratus, bersamaan kehilangan sehingga 38 juta pelawat dan kerugian mencecah AS$56 bilion.

    “Ini memberi kesan kepada negara-negara tumpuan pelancongan di Asia dan Asean.

    "Konflik ini juga telah mengganggu laluan penerbangan antarabangsa, meningkatkan kos perjalanan dengan kenaikan harga minyak dan kos pengangkutan.

    MENARIK:  Israel serang hospital Gaza, 14 rakyat Palestin, 3 wartawan terbunuh

    “Keadaan ini juga telah menurunkan keyakinan pelancong yang dijangka memberi implikasi kepada aliran pelancongan dunia dalam jangka masa terdekat,” katanya.

    Sebagai antara agenda nasional, Ahmad Zahid berkata, kempen tersebut menyasarkan peningkatan pendapatan pelancongan, memperkukuh daya saing Malaysia dalam industri pelancongan serta menjadikan sektor ini sebagai antara penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

    Jawatankuasa itu terdiri daripada enam jawatankuasa kerja yang diterajui oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya; Kementerian Komunikasi; Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan; serta Kementerian Pengangkutan, dengan keanggotaan daripada pelbagai agensi kerajaan berkaitan.

    “Setiap kementerian dan agensi telah membentangkan pencapaian program serta peranancangan aktiviti sempena kempen VM2026,” katanya.

    Ahmad Zahid menambah kerajaan komited memastikan VM2026 dilaksanakan secara berkesan dan menyeluruh, dengan setiap pihak memainkan perananan secara bersepadu.

    “Usaha ini bertujuan memperkukuh kerjasama strategik, menarik lebih ramai pelawat, meningkatkan tempoh penginapan serta perbelanjaan pelancong, dan menonjolkan Malaysia sebagai destinasi selamat, stabil dan berdaya saing,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah