31 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kementerian Luar ambil maklum laporan MyKad, lesen dijumpai di zon perang Ukraine

    Shopee Sale

    Kementerian Luar hari ini mengambil maklum mengenai satu laporan yang menyatakan MyKad dan lesen memandu Malaysia telah dijumpai di Levadne, Zaporizhia, Ukraine.

    Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar yang juga dikenali sebagai Wisma Putra berkata buat masa ini, pihaknya tidak dapat mengesahkan kesahihan maklumat itu.

    “Maklumat itu juga telah dipanjangkan kepada pihak berkuasa yang berkaitan untuk pengesahan.

    “Kami dengan hormatnya memohon pihak media dan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi,” menurut kenyataan itu.

    Kementerian Luar juga menyarankan rakyat Malaysia untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan memastikan keselamatan diri sendiri ketika di luar negara.

    MENARIK:  Caj CPT dikenakan pada pengunjung menginap di Perak mulai 2025

    “Keselamatan rakyat Malaysia di luar negara adalah tanggungjawab individu masing-masing.

    “Walaupun Pejabat Perwakilan Malaysia sentiasa bersedia untuk memberikan bantuan konsular kepada rakyat Malaysia yang memerlukan, adalah penting bagi semua rakyat Malaysia untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan memastikan keselamatan diri sendiri,” menurut kenyataan itu.

    Sebelum ini, tular sekeping gambar yang menunjukkan dokumen pengenalan diri MyKad dan lesen memandu rakyat Malaysia didakwa ditemui di medan pertempuran antara Ukraine dan Rusia. Laporan itu mendakwa dokumen itu ditemui selepas kejayaan tentera Rusia menawan kubu tentera Ukraine di Levadne, Zaporizhia, Ukraine.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah