33.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Keluarga Nur Farah puas hati proses siasatan, pendakwaan

    Shopee Sale

    Keluarga kepada Nur Farah Kartini Abdullah yang ditemukan mati di sebuah ladang kelapa sawit di Hulu Selangor pada 15 Julai lepas, berpuas hati terhadap proses siasatan polis dan pendakwaan di mahkamah setakat ini.

    Sepupu kepada Nur Farah Kartini, Suzursofia Smeth Jaya, 33, berkata dia berharap pihak pendakwaan akan memberikan pembelaan dan keadilan terhadap Allahyarham.

    “Setakat ini, semua positif dan kita tunggu untuk sebutan kes seterusnya. Keluarga kami akan hadir untuk sebutan pada 30 Ogos ini. Sama-sama kita berdoa untuk Allahyarham,” katanya kepada pemberita di luar Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu hari ini.

    Suzursofia yang datang dari Miri, Sarawak bersama dua lagi ahli keluarga Nur Farah Kartini hadir ke mahkamah itu untuk mengikuti prosiding pendakwaan Lans Koperal Muhammad Alif Monjani yang berhadapan tuduhan membunuh Nur Farah Kartini.

    MENARIK:  Awie tak ambil pusing isu nasional, fokus raih sokongan pengundi

    Turut hadir pada prosiding itu ialah keluarga tertuduh termasuk ayah, adik-beradik dan rakan-rakannya.

    Nur Farah Kartini, 25, dilaporkan hilang pada 10 Julai sebelum mayatnya dijumpai di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam di Hulu Selangor, kira-kira pukul enam petang, lima hari kemudian.

    -Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah