Pasukan bola sepak muda Vietnam membelasah Malaysia 4-0 dalam kejuaraan bawah 17 tahun Asean yang berlangsung di Gresik, Jawa Timur, Indonesia, hari ini.
Gol pasukan lawan dijaringkan oleh Le Sy Bach (minit ke-12 dan 28), Nguyen Van Duong (39') dan Nguyen Manh Cuong (56').
Pasukan negara bolos tiga gol tanpa balas pada separuh masa pertama dan satu lagi gol di separuh masa berikutnya.
Terdahulu, pasukan senior Malaysia juga kalah dengan Vietnam 3-0 di gelanggang pasukan Nama Emas itu bagi kelayakan Piala Asia.
Kali terakhir Malaysia menang dengan pasukan itu pada Jun tahun lalu dengan jaringan besar 4-0. Bagaimanapun ia dibatalkan kerana menggunakan pemain warisan palsu.






