31 C
Kuala Lumpur
Friday, July 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Kedutaan AS kebal, perintah bayar jaga RM66,000 tidak terpakai’

    Shopee Sale

    Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa perintah daripada Mahkamah Perusahaan Malaysia tidak terpakai ke atas Kedutaan Amerika Syarikat yang mempunyai kekebalan.

    Justeru perintah ke atas Kedutaaan Amerika Syarikat supaya membayar sebanyak RM66,000 kepada seorang pengawal keselamatan susulan pemecatannya secara tidak sah 15 tahun lalu tidak terpakai.

    Keputusan itu dimaklumkan pagi ini melalui e-mel kepada pasukan peguam kedutaan itu dan bekas pengawal keselamatan L Subramaniam.

    Tahun lalu, Mahkamah Perusahaan memerintahkan Kedutaaan Amerika Syarikat membayar sebanyak RM66,000 kepada Subramaniam susulan pemecatannya secara tidak sah 16 tahun lalu.

    MENARIK:  Rahman tampil perjelas kehadiran Hajiji ke mesyuarat Umno

    Kedutaan AS kemudian membawa kes itu kepada mahkamah sivil Malaysia untuk membatalkan keputusan Mahkamah Perusahaan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah