Seramai 15 finalis kumpulan diumumkan berjaya melayakkan diri ke pentas akhir Anugerah Lagu Indie (ALI) yang dijadualkan berlangsung pada 16 Ogos depan.
Artikel Berkaitan: Single ’Bila Kau Datang Menangis’ Didakwa Ciplak Lagu Kumpulan Blur, DUKES Tampil Bersuara
ALI

Ketika ditemui , penerbit eksekutif, Ahmed Faris Amir mengakui penganjuran ALI menjadi semakin mencabar akibat peningkatan kos dan jangkaan yang tinggi.
Selama enam tahun penganjuran dari tahun pertama sehingga kini semakin mencabar kerana kos semakin meningkat kerana terdapat jangkaan untuk menjadikannya lebih berprestij dan memenuhi kehendak peserta serta penonton.
Pada awalnya, mereka mencari rakan televisyen untuk bekerjasama.
Namun kini, penganjuran ini mendapat sokongan daripada pelbagai pihak sama ada dalam bentuk kewangan atau sumbangan lain.
Berbicara mengenai desas-desus kononnya tahun ini merupakan edisi terakhir penganjuran, Ahmed Faris menafikan perkara itu dan yakin ALI terus berkembang apabila menerima jumlah penyertaan yang lebih tinggi berbanding tahun lalu.
Persoalan yang timbul bukanlah mengenai tahun terakhir penganjuran, sebaliknya sama ada akan ada penaja yang lebih besar atau pihak yang berminat terhadap hak milik (IP) ALI.
Namun begitu, ALI akan terus kekal bebas dan memberi ruang kepada pemuzik untuk berkarya.
Antara 15 top finalis itu adalah Straw Lim, Langkasuka, Kirana Kay, Umar Akmal, Jazleen, Midnight Fusic, Crazy Grizzly dan Pokpang.
Turut tersenarai Sethpoll, Insiden Ruang Legar, Wrga, B-Heart, Ical, Mosh, Moeorey, Grizzlee, Luqs (Sensetoowavy), Shivanvz dan Rudeen ft. Wavy Grove & Amean.
Difahamkan, sebanyak 590 penyertaan diterima selepas tempoh penyerahan ditutup pada 31 Mac lalu dan kesemua penyertaan itu membabitkan tiga kategori utama iaitu Pop, Rock dan Hip Hop.
Daripada jumlah tersebut, 90 lagu terbaik telah disenarai pendek oleh jawatankuasa pemilihan sebelum melalui proses undian awam bagi menentukan 15 finalis yang bakal bersaing di pentas akhir.
Penganjuran edisi kali ini turut menyaksikan sokongan padu daripada pelbagai pihak seperti Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Rakan Muda (Rakan Muzik Presents) kekal sebagai penyokong utama ALI.
Selain itu, Fakulti Seni dan Sains Sosial, Sunway University hadir sebagai Penaja Lokasi Rasmi untuk pentas akhir.
Buat julung kalinya juga, ALI bekerjasama dengan JBR Bundle sebagai Gaya Indie Rasmi, di samping Rakita (107.9 FM) selaku Radio Rasmi serta Nuff Coffee, selaku penaja makanan dan minuman sepanjang acara berlangsung.
The post Anugerah Lagu Indie (ALI) Umum Top 15 Finalis Layak Ke Pentas Akhir, Nafi Penganjuran Terakhir first appeared on OHBULAN!.





