27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kedai di Australia perkenal kek keju nasi lemak 

    Shopee Sale

    Nasi lemak merupakan hidangan kebangsaan yang digemari oleh rakyat Malaysia.

    Ia terdiri daripada nasi yang dimasak dengan santan, disajikan dengan sambal, telur rebus, kacang goreng dan ikan bilis.

    Bagaimanapun, di Melbourne, Australia lain pula jadinya.

    Sebuah kedai di Melbourne, Australia,Yew’s lil Pantry Australia mempersembahkannya dalam bentuk kek keju.

    Kek keju itu  dilapisi dengan daun pandan dan ditabur dengan kacang goreng, ikan bilis, sambal serta telur rebus.

    Nampak pelik bagi kita, bagaimanapun ia ternyata disukai ramai penduduk tempatan.

    Dipuji ‘sangat genius’

    Seorang pengguna Instagram “eat_withvivi” berkata juadah itu begitu seimbang antara rasa masin dan manis.

    “Perisa kelapa yang halus dengan pandan yang digunakan sebagai asas adalah bijak kerana ia melengkapkan inti.

    MENARIK:  Pengawal keselamatan didenda RM5,000 buat hantaran hina Nabi Muhammad

    “Inti sambal tidak terlalu pedas, kacang goreng dan ikan bilis memberikan elemen tekstur yang hebat serta sentuhan aroma yang diperlukan serta dapat mengingatkan kita bahawa kita sedang menikmati kek keju yang diilhamkan oleh nasi lemak.

    “Ini bukan 'kek' yang dimasak dengan nasi dalam acuan kek, ini betul-betul kek keju nasi lemak, sebuah pencuci mulut (dessert)! Sangat genius!" katanya.

    Berikut antara pujian-pujian lain daripada penduduk Australia:

    “Oh wow, saya perlu cuba ini,” kata Warren.

    “Ini sangat unik! Saya mahu cuba,” kata Nhatella.

    Wow, saya tidak pernah lihat,” kata Mina.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah