24.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kebimbangan perang: Banyak negara minta warganya tinggalkan Lubnan

    Shopee Sale

    Pelbagai negara menyeru rakyat mereka meninggalkan Lubnan di tengah-tengah kebimbangan yang semakin meningkat mengenai peranang antara Israel dan kumpulan Hizbullah, lapor Agensi Anadolu.

    Kedutaan Arab Saudi di Beirut pada Sabtu menggesa rakyatnya yang kini berada di Lubnan "meninggalkan wilayah itu dengan segera" dan menekankan keperluan untuk terus berhubung dengan kedutaan sekiranya berlaku sebarang kecemasan.

    Menteri Luar Australia Penny Wong menggesa warganya di Lubnan supaya segera beredar sementara penerbangan komersial masih tersedia.

    Kementerian Luar Belanda turut mengeluarkan nasihat perjalanan yang sama di platform X.

    Jerman, Kanada, Amerika Syarikat, Ireland, Jordan dan United Kingdom juga meminta rakyatnya meninggalkan Lubnan secepat mungkin.

    MENARIK:  Pucuk pimpinan tak kompromo salah laku warga PDRM

    Amaran itu dibuat selepas Kuwait menggesa rakyatnya pada 22 Jun untuk mengelak perjalanan ke Lubnan dan mereka yang berada di dalam negara itu meninggalkan negara itu secepat mungkin "memandangkan situasi keselamatan yang berlaku di rantau itu."

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah