29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Karikatur kambing, monyet: Fadhli tuntut ganti rugi RM1 juta dari pemimpin AMK

    Shopee Sale

    Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari menuntut permohonan maaf dan ganti rugi sebanyak RM1 juta daripada Naib Ketua Pemuda PKR (AMK) Nabil Halimi, berhubung hantaran Facebook yang didakwa menyindir rundingan damai antara Thailand dan Kemboja yang dikendalikan negara.

    Dalam surat tuntutan yang dilihat Malaysiakini, Nabil juga dituntut untuk menarik balik kenyataan yang dibuatnya yang didakwa mengandungi fitnah, serta tidak lagi mengulanginya.

    Mengesahkan perkara itu, Nabil berkata dia akan mempertahankan haknya sebagai rakyat Malaysia untuk bersuara secara bebas.

    “Semalam saya telah menerima surat tuntutan (LOD) daripada Fadhli seperti yang dinyatakan olehnya sebelum ini.

    “Saya sedang meneliti kandungan surat tersebut dan akan mendapatkan nasihat perundangan serta memberikan arahan lanjut kepada peguam saya bagi tindakan yang sewajarnya. Let’s dance,” katanya di Facebook.

    Pada 26 Julai lalu, iaitu dua hari sebelum rundingan gencatan senjata antara Thailand dan Kemboja di Putrajaya, Fadhli memuat naik karikatur menunjukkan seekor kambing berebut sebiji pisang bersama seekor biri-biri sambil disaksikan monyet yang digambarkan sebagai hakim.

    MENARIK:  Jakim anjur solat hajat solidariti Palestin sepanjang Ramadan

    Mengiringi hantaran itu ialah tangkap layar laporan berita mengenai krisis antara Thailand dan Kemboja, serta kapsyen “kambing dan biri-biri seeloknya tidak perlu kepada monyet untuk menjadi orang tengah dalam kes berebut pisang.”

    Hantaran oleh ahli Parlimen Pasir Mas itu menimbulkan kemarahan pelbagai pihak, antaranya kerana ia dianggap mempersenda usaha diplomatik Malaysia untuk mendamaikan dua negara berjiran yang berperanang.

    Selepas meragut puluhan nyawa, Thailand dan Kemboja akhirnya bersetuju untuk melakukan gencatan senjata dalam rundingan yang dipengerusikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

    Sejumlah pihak mendesak agar Fadhli meminta maaf atas tindakan menggunakan perlambangan binatang semasa memberikan pandangan terhadap krisis dan rundingan damai tersebut.

    Bagaimanapun, Fadhli berkata dia tidak akan memohon maaf dan menyerahkannya kepada pihak polis, serta akan menghantar surat tuntutan kepada beberapa individu.


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah