30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, February 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kami makan babi tapi tak ambil rasuah, dadah – MP Puncak Borneo

    Shopee Sale

    PARLIMEN | Seorang Ahli Parlimen Sarawak hari ini menggesa semua pihak untuk menghormati pilihan makanan orang lain, meluahkan rasa kecewanya terhadap pihak yang mencaci daging babi sebagai busuk dan kotor.

    Bercakap dari perspektif orang Dayak, Willie Mongin (GPS-Puncak Borneo) berkata komunitinya tidak pernah menghina pilihan makanan orang lain namun mereka menjadi sasaran hanya kerana makan babi.

    "Kita sebagai orang Dayak tak pernah mencaci dan menghina makanan orang lain.

    "Kita sebagai orang yang makan babi tidak banyak yang ambil rasuah, tidak banyak yang makan dadah, tidak banyak yang sampai buat perkara pelik-pelik tapi kita dituduh makan babi dan tidak jadi orang bertamadun.

    MENARIK:  LFL ajak orang ramai pertahan kedai dari Akmal

    "Ini perlu dihentikan oleh rakyat Malaysia, oleh mana-mana pihak, perlu hormati makanan orang lain," katanya di Dewan Rakyat.

    Willie berkata demikian ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah diraja Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

    Wakil GPS kemudian membandingkan bau daging babi dengan budu dan belacan, yang menurut Willie lebih busuk daripada babi.

    "Walaupun babi itu busuk, busuk lagi budu dan belacan, tapi kita tak pernah menghina, kita saling menghornati untuk menjaga dan mendengar titah duli tuanku untuk hidup harmoni," tambahnya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah