30.7 C
Kuala Lumpur
Monday, May 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Johor umum Isnin cuti peristiwa sempena JDT menang Piala Malaysia

    Shopee Sale

    Kerajaan Negeri Johor mengisytiharkan Isnin ini sebagai Hari Cuti Peristiwa sempena kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Piala Malaysia musim 2025/2026.

    Pengisytiharan itu dibuat selepas skuad Harimau Selatan menewaskan Kuching City FC 2-0 pada aksi final di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.

    Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata cuti peristiwa itu diumumkan atas perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, sebagai tanda penghargaan kepada seluruh rakyat Johor dan penyokong setia JDT atas sokongan tidak berbelah bahagi terhadap pasukan berkenaan.

    “Sesungguhnya kemenangan ini adalah hadiah buat seluruh Bangsa Johor dan para penyokong JDT yang sentiasa berdiri teguh di belakang pasukan dalam suka dan duka, di setiap perlawanan dan musim,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

    MENARIK:  Skandal Sabah: Pendakwaan ke atas Adun tak jejas k'jaan negeri - Hajiji

    Beliau berkata kejayaan itu membuktikan komitmen berterusan kepimpinan Johor dalam membangunkan bola sepak moden dan berprestasi tinggi sehingga JDT terus menjadi kebanggaan negeri serta disegani di peringkat nasional dan Asia.

    Onn Hafiz turut merakamkan penghargaan kepada barisan pemain, jurulatih, pengurusan pasukan serta seluruh keluarga besar JDT atas kejayaan membanggakan itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah