31.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Faizal Hussein Tak Kekok Buat Kerja Rumah – ‘Isteri Ada Asma, Sebab Sayang Saya Tak Nak Dia Stres’

    Shopee Sale

    Pelakon Faizal Hussein, mengakui dirinya tidak kekok melaksanakan kerja-kerja rumah bagi membantu meringankan urusan isterinya.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isteri Tak Pernah Tukar Cadar, Saya Yang Buat..Angkat Tilam Berat Bukan Kerja Wanita’ – Faizal Hussein

    Artikel Berkaitan: Faizal Hussein Bangga Tengok Anak ‘Runway’, Beri Sokongan Penuh Untuk Ceburi Bidang Seni – ‘Rezeki Mengalir Kepada Saya Juga’

    Tanggungjawab bersama 

    Ketika ditemui , Faizal atau nama lengkapnya Mohd Faizal Hussein, 59, berpendapat bahawa kaum Hawa tidak sesuai untuk mengangkat tilam yang tebal dan berat, justeru tugasan itu sewajarnya dilakukan oleh lelaki.

    ‘Itu memang sifat lelaki sebenarnya. Jadi saya  rasa kalau bahagian tukar cadar itu, kalau zaman dulu, memang sepatutnya orang perempuan yang buat. Kerana tilam tu nipis, ringan.

    Tapi tilam sekarang, spring dan tebal. Jadi pada saya kalau nak tukar cadar tu orang perempuan memang tak bolehlah nak angkat.

    Menurut Faizal, dari awal perkahwinan lagi dia gemar mengemas katil termasuk bilik anak-anaknya.

    Dari mula saya kahwin sampai ke hari ini, dekat luar Faizal Hussein, dekat rumah saya buat room service.

    Kalau bahagian katil memang dari awal kahwin isteri tak ambil tahu.

    Sebenarnya saya seronok, bila keluar dengan keluarga saya akan pergi ke bahagian cadar.

    Faizal berkata demikian ketika ditemui pada sesi fotografi drama Sumpah Ayahku yang berlangsung di Balai Berita, Bangsar pada Selasa.

    MENARIK:  Internet Fibre Tanpa Kontrak, Tanpa Deposit & Tanpa Penalti- Time Internet Ada Pelan Zero Lock In

    Dalam pada itu, pelakon yang terkenal menerusi watak Roy tersebut berkata, dia membantu menguruskan rumah kerana mahu menyenangkan isterinya. 

    Selain itu, anak-anaknya turut didik untuk bertanggungjawab menguruskan keluarga terutama ketika Faizal menjalani penggambaran. 

    Isteri saya dia ada asma, jadi sebab sayang, tak nak dia stres. Kami pun tak ada orang gaji dari anak-anak kecil lagi.

    Sapu sampah pun ada robot, mesin basuh pun beli yang ada pengering sekali jadi dia tak perlu keluar rumah dalam keadaan panas sidai atau angkat baju.

    Saya pun tak minta dia memasak selalu kalau dekat rumah. Kadang-kadang saya tak bagi dia masak sebab tahu dia penat. Jadi saya atau anak lelaki saya yang akan beli.

    Bila saya tak ada, saya ajar anak jangan bagi mama dan kakak lapar. Dialah yang akan bertanggungjawab uruskan rumah ini kalau saya tak ada.

    Untuk rekod, Faizal mendirikan rumah tangga dengan Suhaila pada 3 Julai 2004. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Fazryn, 22, dan Fazrick, 19 tahun.

    The post [VIDEO] Faizal Hussein Tak Kekok Buat Kerja Rumah – ‘Isteri Ada Asma, Sebab Sayang Saya Tak Nak Dia Stres’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah