34 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jakim bentang kajian mengenai GISBH kepada kabinet, majlis raja-raja

    Shopee Sale

    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan membentangkan hasil kajian dan dapatan mengenai Global Ikhwan Services and Business Holding Sdn Bhd (GISBH) kepada Jemaah Menteri.

    Ketua Pengarah Jakim, Hakimah Mohd Yusoff berkata, pihaknya akan membentangkan hasil kajian berkaitan isu akidah, syariah, dan tasawuf membabitkan GISBH kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) sebelum dibawa ke mesyuarat Kabinet.

    Katanya, ia kemudiannya akan memohon perkenan Majlis Raja-Raja sebelum difatwakan di bawah bidang kuasa negeri-negeri bagi tujuan penguatkuasaan.

    'Jakim konsisten mengadakan dialog, program dan kajian mendalam mengenai isu ini dan tidak berkompromi dengan isu-isu yang melibatkan akidah umat Islam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Hakimah berkata, dalam konteks berkaitan GISBH, tindakan telah dimulakan pada bulan Februari 2019 dengan 12 mesyuarat, bengkel, task force dan program kenegaraan dilaksanakan yang turut melibatkan agensi keselamatan negara iaitu Majlis Keselamatan Negara (MKN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

    "Satu pertemuan tertutup dengan pihak GISBH telah diadakan pada bulan September 2019 melibatkan Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah MKI, Jabatan Peguam Negara, Panel Pakar Akidah JAKIM serta Panel Pakar Tasawuf JAKIM.

    “Pertemuan ini telah membincangkan isu berkaitan GISBH melalui sesi dialog dengan cadangan penyelesaian yang bersesuaian,” katanya.

    Tambahnya pada Julai 2022, Mesyuarat Khas bersama Agensi Keselamatan Negara termasuk MKN, PDRM dan KDN telah diadakan bagi tujuan penyelarasan isu berkaitan.

    Ia disusuli dengan beberapa perbincangan pada bulan Ogos 2024, Program Kem Kenegaraan Remaja Pembela Ummah (RPU) GISBH kali ke-2 serta dialog dengan pihak GISBH pada 22 September atas dakwaan penyelewengan akidah yang masih diamalkan, seterusnya disusuli dengan perbincangan bersama NADI MAIS dan Jabatan Mufti Negeri Selangor.

    MENARIK:  Anwar adakan pertemuan dua hala dengan Putin

    "Pada Februari 2023, Mesyuarat Khas Panel Pakar Akidah mengenai isu GISBH diadakan melibatkan NADI, Bahagian Ancaman Ekstrimis Sosial E2, Cawangan Khas PDRM serta pertemuan dengan bekas pengikut GISBH di samping program kenegaraan kepada RPU diteruskan anjuran PDRM dan iLead, KBS pada Oktober 2023.

    "Seterusnya pada Februari 2024, satu pertemuan bersama Ketua Pegawai Eksekutif GISBH diadakan bagi mengkaji lebih mendalam isu isu akidah, syariah dan tasawuf dalam GISBH," katanya.

    Jakim sebelum ini menerima kritikan berikutan dakwaan lambat bertindak terhadap isu penyelewengan akidah, termasuk dakwaan penganiyaan terhadap kanak-kanak yang dikaitkan dengan GISBH.

    Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin mendakwa isu berkaitan GISBH telah dibentangkan kepada Jakim sebelum ini, namun mereka tidak melakukan tindakan.

    Disebabkan itu, katanya, kumpulan yang membuat kajian mengenai syarikat berkenaan membentangkannya kepada Jawatankuasa Fatwa Perlis.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah