29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Izzah sanggah tohmahan ‘PKR parti anak-beranak’

    Shopee Sale

    Calon Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, tampil menjawab tanggapan wujudnya unsur kronisme dengan gelaran ‘parti anak-beranak’ dalam PKR.

    Ini susulan keputusan anak sulung Perdana Menteri Anwar Ibrahim itu untuk bertanding jawatan nombor dua PKR.

    Menurut Izzah, label sedemikian bukanlah perkara baru baginya, malah sudah digunakan sejak awal penubuhan PKR ketika beliau bersama barisan pejuang reformasi mendirikan parti itu pada tahun 1998.

    “Label ini telah digunakan untuk memperlekeh perjuangan kita.

    “Ketika saya menang naib presiden dengan undian tertinggi pada tahun 2010, 2014 dan 2018, serangan yang sama tetap dilemparkan.

    MENARIK:  Empat anggota polis mengaku tak bersalah terima suapan lebih RM11,000

    “Hanya pada tahun 2022 sahaja, saya tidak bertanding, sebaliknya saya fokus dan mendukung pergerakan Ayuh Malaysia, yang mana saya memperkenalkan beberapa dasar untuk diperjuangkan,” katanya pada kenyataan media hari ini.

    Penjelasan itu dibuat selepas pencalonan Izzah disahkan secara rasmi, menjadikannya calon tunggal bagi jawatan timbalan presiden PKR setakat ini.

    [Berita penuh menyusul]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah