PAS hari ini menyangkal dakwaan media antarabangsa yang mengaitkannya dengan Global Ikhwan Services and Business Holding Sdn Bhd (GISBH).
Menurut presiden parti itu, Abdul Hadi Awang, dakwaan berkenaan adalah berita yang tidak betul.
“Itu satu berita yang tak betul. Tak ada bukan ahli kita, tiada kaitan dengan kita. Itu perlu siasatan polis,” katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan dasar pada Muktamar Tahunan PAS ke-70 di Kompleks Al Makmur, Kerdau, Temerloh, hari ini.
Ketua Polis Negara Razarudin Husain pada 11 September lalu mendakwa berdasarkan risikan dan keterangan yang diperoleh, mangsa di beberapa rumah amal kelolaan GISB diajar meliwat, seterusnya diliwat oleh penjaga.
Mereka juga dilaporkan dipaksa meliwat penghuni kanak-kanak yang lain.
[Berita penuh menyusul]





