29 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Istiadat pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah – Pengelola Bijaya Diraja

    Shopee Sale

    Istiadat pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 yang berlangsung di sebuah hotel di Alor Gajah, Melaka pada 5 Jun lepas adalah tidak sah serta tidak diiktiraf dari sudut perlembagaan, undang-undang dan adat istiadat Negeri Sembilan.

    Justeru, Pengelola Bijaya Diraja Datuk Azizi Mohamad Ali berkata gelaran Yang Dipertuan Besar, yang cuba diambil oleh Tunku Datuk Seri Nadzaruddin Tuanku Ja’afar, adalah tidak berkuat kuasa.

    MENARIK:  Proses pemulihan Hadi sangat cepat, kata MB Terengganu

    "Bagaimanapun, dengan cuba menerima gelaran yang tidak sah itu, Tunku Datuk Seri Nadzaruddin ibni Almarhum Tuanku Ja’afar dengan sendirinya telah melepaskan Gelaran Pusaka Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan yang sebelum ini disandangnya," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

    Beliau berkata susulan itu, tiada lagi penyandang bagi Gelaran Pusaka Tunku Panglima Besar.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah