33.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Israel langgar gencatan senjata, lancar serangan udara ke atas Gaza

    Shopee Sale

    Pesawat peranang Israel melancarkan serangan udara ke atas Bandaraya Gaza dan Khan Younis pada awal pagi Sabtu dalam satu lagi pelanggaran terhadap perjanjian gencatan senjata, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (Wafa).

    Sumber tempatan berkata pesawat berkenaan menyasarkan kawasan timur Bandaraya Gaza serta kawasan timur Khan Younis di selatan Semenanjung Gaza, tanpa sebarang laporan mengenai kemalangan jiwa.

    MENARIK:  LFL kecam polis siasat Isham sebab gesa PM saman Bloomberg

    Serangan itu berlaku serentak dengan tembakan artileri Israel di timur Khan Younis.

    Sementara itu, tentera Israel terus merobohkan bangunan kediaman dan struktur lain di timur Bandaraya Gaza.

     Serangan genosid Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt 2023 mengakibatkan kira-kira 69,000 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 170,000 lagi cedera, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah