25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    LFL kecam polis siasat Isham sebab gesa PM saman Bloomberg

    Shopee Sale

    Lawyers for Liberty (LFL) mengecam tindakan pihak berkuasa menyoal siasat bekas ahli Majlis Tertinggi Umno, Isham Jalil, berhubung hantaran Facebook yang mendesak Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyaman Bloomberg.

    Pengarah LFL Zaid Malek berkata siasatan terhadap Isham tanda kejatuhan kerajaan Madani pimpinan Anwar yang dituduhnya sebagai "pemerintahan diktator."

    "Bloomberg agensi berita antarabangsa dan laporan mereka mendakwa wujud salah guna kuasa melibatkan SPRM merupakan isu kepentingan awam yang berkaitan dengan ketelusan dan akauntabiliti dalam tadbir urus.

    "Mengapa pihak berkuasa menyiasat Isham hanya kerana memberi komen berdasarkan laporan berita tersebut," soal Zaid pada satu kenyataan hari ini.

    Katanya, dakwaan dalam laporan Bloomberg itu tidak boleh disangkal begitu sahaja tanpa siasatan, dan individu yang memberi komen berdasarkan artikel itu tidak patut dilayan seperti penjenayah.

    Semalam, Isham disoal siasat oleh polis Putrajaya kerana menggesa Anwar menyaman Bloomberg berhubung laporan yang mendakwa Anwar mengarahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki supaya tidak menyiasat bekas setiausaha politiknya, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, berhubung pembelian saham HeiTech Padu Bhd.

    Isham dilaporkan sedang disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana kenyataannya itu.

    Gambarfail, Isham Jalil.

    Zaid turut mendakwa perkara ini menepati ciri-ciri kediktatoran apabila tindak balas pertama terhadap dakwaan rasuah dan salah guna kuasa dengan memulakan siasatan jenayah terhadap pengkritik kerajaan.

    MENARIK:  ‘MSNS akan bincang syarat pakai pelindung mata di pertandingan pickleball’

    "Tindakan ini intimidasi terhadap orang awam untuk menghalang mereka daripada membincangkan isu kepentingan negara.

    "Ramai daripada (pemimpin dan aktivis) Pakatan Harapan pernah disiasat dan malah didakwa di mahkamah ketika menyuarakan bantahan terhadap salah guna kuasa atau rasuah semasa era kerajaan BN, tindakan yang dikutuk keras oleh PH sebagai autoritarian dan menindas.

    "Mengapa taktik yang sama menggunakan polis kini digunakan (PH dan kerajaan Madani," soal Zaid lagi.

    Bekas setiausaha politik Anwar, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.

    Dia menggesa Putrajaya segera menghentikan taktik intimidasi dan menakut-nakutkan orang awam yang mengkritik perdana menteri atau pemimpin kerajaan lain.

    "Kerajaan Madani perlu menunaikan janji mereka untuk menghormati hak kebebasan bersuara dan menyatakan pendapat yang dijamin dalam perlembagaan.

    “Dengan demikian (kerajaan) mesti segera menghentikan siasatan jenayah terhadap Isham serta memastikan tiada orang lain disiasat kerana membincangkan laporan Bloomberg atau sebarang kritikan terhadap kepimpinan politik negara," kata Zaid.

    [Baca berita asal]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah