27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Iran akur gencatan senjata jika AS henti serang – menteri luar

    Shopee Sale

    Iran akan menghentikan operasi pertahanannya sekiranya Amerika Syarikat (AS) tidak lagi melancarkan serangan ke atas negara itu, kata Menteri Luar Abbas Araghchi.

    “Jika serangan terhadap Iran ditamatkan, angkatan tentera kami menghentikan operasi pertahanan mereka.

    "Untuk tempoh dua minggu, laluan selamat melintasi Selat Hormuz akan dibolehkan menerusi penyelarasan dengan tentera Iran dengan pertimbangan sewajarnya mengenai had teknikal,” katanya menerusi hantaran di platform X pada Rabu, dalam kenyataan yang dikeluarkan bagi pihak Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran.

    Kenyataan itu dibuat susulan permintaan AS untuk rundingan berdasarkan cadangan 15 perkara serta pengumuman Presiden Donald Trump mengenai penerimaan rangka kerja umum cadangan 10 perkara Iran sebagai asas rundingan.

    Araghchi turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif dan Panglima Tentera Darat Asim Munir atas perananan mereka dalam usaha menamatkan konflik di rantau itu.

    MENARIK:  Festival George Town mohon maaf, padam video promosi

    Trump sebelum ini mengumumkan penangguhan selama dua minggu terhadap tindakan ketenteraan ke atas Iran selepas perbincangan dengan pemimpin Pakistan, serta bersetuju menghentikan serangan yang dirancang dengan syarat Iran membuka semula Selat Hormuz “sepenuhnya, serta-merta dan dengan selamat”.

    “Saya bersetuju untuk menangguhkan pengeboman dan serangan Iran untuk tempoh dua minggu. Ini akan menjadi gencatan senjata bagi kedua-dua belah,” menurut hantaran di platform Truth Social miliknya.

    Ketegangan ketenteraan antara AS, Israel dan Iran yang memuncak sejak 28 Feb, selepas Washington dan Tel Aviv melancarkan serangan ke atas Iran, telah mendorong Asia Barat ke arah konflik lebih luas, selain menjejaskan pasaran global, penerbangan dan ekonomi.

    Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah