29.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    IPCC sediakan saluran alternatif aduan salah laku polis – Ayob Khan

    Shopee Sale

    Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) menyediakan platform alternatif kepada masyarakat untuk mengemukakan aduan berkaitan salah laku anggota polis, kata Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay.

    Beliau berkata sebelum ini, kebanyakan aduan berkaitan salah laku polis dikendalikan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Polis Diraja Malaysia (PDRM).

    “IPCC merupakan satu lagi saluran yang boleh digunakan orang ramai. Jika sebelum ini hanya terdapat JIPS, mungkin ada pihak yang kurang selesa kerana beranggapan polis menyiasat polis, namun keadaan itu kini berbeza.

    MENARIK:  90 pokok berisiko sekitar KL sedang ditebang

    “IPCC berada di bawah Kementerian Dalam Negeri dan mempunyai pegawainya sendiri untuk menjalankan siasatan terhadap aduan diterima,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran buku Integrity: Man of Integrity, Honour and Principle di Kuching, hari ini.

    IPCC ialah badan pemantau bebas yang beroperasi di bawah Akta 839 sejak 1 Julai 2023, bertujuan meningkatkan integriti, menyiasat salah laku anggota PDRM dan mengesyorkan tindakan tatatertib.

    Suruhanjaya itu menangani aduan salah laku seperti rasuah dan penyeksaan serta mengesyorkan penambahbaikan bagi meningkatkan kepercayaan awam.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah