29.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 14, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Inikah negeri yang aku impikan, tanya Hassan dalam puisi

    Shopee Sale

    Di parlimen, Hassan Abdul Karim hari ini bermonolog dan menyoal dirinya sendiri berhubung apa yang berlaku dalam negara.

    Menggunakan wadah puisi, Ahli Parlimen Pasir Gudang itu membangkitkan beberapa persoalan mengenai hala tuju pentadbiran dan politik negara serta cita-cita reformasi.

    Dia yang memang terkenal bersikap lantang - termasuk kepada partinya sendiri, PKR - antara lain menyentuh tentang perjuangan yang disertainya sejak dulu namun kini kehilangan "roh".

    Hassan juga menganggap ada banyak perkara "pelik" berlaku di negara ini.

    Misalnya beberapa langkah 'kompromi' diambil kerajaan serta sikap Putrajaya terhadap amalan rasuah.

    Hassan juga tidak begitu apologetik apabila menyentuh mengenai permohonan maaf dibuat bekas perdana menteri Najib Razak yang sudah disabitkan bersalah oleh mahkamah serta sikap pemimpin partinya merangkap Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

    MENARIK:  Hadi bukan nak kena berjoget kalau jadi PM, kata ulama PAS

    Berikut adalah puisi Hassan yang diberikannya judul Aku kembali Menyoal Diri:

    Aku kembali menyoal diri
    ke arah mana perginya perjuangan ini?

    Telah hilang segala roh
    telah lenyap cita-cita murni

    Sekarang perkara-perkara pelik sedang terjadi

    Di tengah-tengah usaha mengekal kekuasaan
    tiba-tiba banyak perkara bisa dihalalkan
    yang rasuah dilepaskan
    kemaafan si kleptokrat dialu-alukan

    Oh, tanahairku
    Ada diskaun dan potong harga rupanya
    dalam hukuman golongan kayangan

    Kemudian akan ada tak lama lagi
    RUU tahanan rumah akan dibentangkan
    di parlimen tempat kedaulatan undang-undang dimahkotakan

    Oh, Malaysiaku tercinta
    inikah negeri yang aku impikan
    yang bertahun-tahun kita perjuangkan?

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah