32.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Ini paling cun’ – Bung sindir Hajiji isu rakaman audio

    Shopee Sale

    Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin tidak melepaskan peluang menyindir musuh politiknya, Ketua Menteri Hajiji Noor, ketika pilihan raya negeri sedang menunggu masa, seiring munculnya isu baru dalam skandal perlombongan negeri.

    Sindiran itu dibuat susulan penerbitan rakaman oleh portal berita MalaysiaNow yang didakwa memuatkan suara Hajiji menekankan keperluan meluluskan lesen penerokaan arang batu untuk syarikat berkaitan bekas pembantu politik perdana menteri Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador.  

    “Yang penting kita luluskan dulu, urus kemudian–ini paling cun,” tulis Bung di Facebook, merujuk kenyataan dari rakaman yang dikaitkan dengan Hajiji.  

    Dalam rakaman itu, suara yang didakwa milik Hajiji–yang juga pengerusi syarikat milik kerajaan negeri Sabah Mineral Management Sdn Bhd–kedengaran berkata: 

    "Ya, itu kita atur nanti. Yang penting, kita luluskan dia punya permohonan".

    Hajiji Noor

    Dia dikatakan berkata demikian terhadap kebimbangan Setiausaha Kerajaan Negeri Safar Untong: "Tapi kawasan itu terlampau luaslah Datuk Seri, 70,000 hektar."

    MENARIK:  PKR Hang Tuah Jaya anjur solidariti buat Shamsul di mahkamah

    Menurut MalaysiaNow, rakaman itu dikatakan dari mesyuarat Mei 2024 melibatkan lembaga SMM.  

    Sebelum ini, SMM menafikan sebarang lesen diluluskan untuk firma berkenaan, manakala Farhash menolak dakwaan itu sebagai palsu dan membuat laporan polis terhadap MalaysiaNow.  

    Hajiji dan gabungan Gagasan Rakyat Sabah (GRS) menghadapi tekanan meningkat sejak dakwaan skandal perlombongan Sabah terbongkar, November tahun lalu.  

    Kesan skandal ini meluas. 

    Seramai 15 anggota politik berkaitan GRS–termasuk menteri kanan kabinet Hajiji, pemimpin utama parti komponen, malah speaker Dewan Undangan Negeri– terlibat dalam skandal tersebut.  

    Setakat ini, dua Adun didakwa di mahkamah, bersama ahli perniagaan yang pembongkar skandal ini kepada umum, menambah drama kepada salah satu krisis paling merosakkan dalam pentadbiran Hajiji.  

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah