32.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Inflasi Malaysia meningkat 1.6 peratus pada Jan 2026

    Shopee Sale

    Inflasi Malaysia meningkat 1.6 peratus pada Januari 2026 dengan mata indeks meningkat kepada 135.7 daripada 133.6 pada bulan yang sama tahun lepas, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

    Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan hari ini berkata ia didorong oleh empat kumpulan, didahului oleh penjagaan diri, perlindungan sosial dan pelbagai barangan dan perkhidmatan yang meningkat 6.6 peratus berbanding 5.7 peratus pada Disember 2025.

    MENARIK:  Nga kongsi kisah bantu ibu mengandung didapati bersalah curi susu

    Ini diikuti oleh pendidikan yang menokok 3.2 peratus (Disember 2025: 2.8 peratus), perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain yang meningkat 1.2 peratus (Disember 2025: 0.9 peratus) dan rekreasi, sukan dan budaya naik 0.9 peratus (Disember 2025: 0.8 peratus).

    Minuman beralkohol dan tembakau (2.5 peratus) serta kumpulan makanan dan minuman (1.5 peratus) mencatatkan kenaikan, peningkatan yang sama dicatatkan bulan sebelumnya, katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah