34 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    India arah X sekat 8,000 akaun, termasuk organisasi berita

    Shopee Sale

    Kerajaan India telah mengarahkan platform media sosial X untuk menyekat lebih 8,000 akaun termasuk milik organisasi berita asing di India.

    Kerajaan turut mengancam untuk mengambil tindakan terhadap kakitangan tempatan syarikat itu sekiranya arahan berkenaan tidak dipatuhi.

    “X telah menerima perintah eksekutif daripada kerajaan India untuk menyekat lebih 8,000 akaun di India, dengan kemungkinan dikenakan penalti termasuk denda besar dan pemenjaraan pekerja tempatan syarikat,” menurut platform media sosial itu dalam satu kenyataan pada Khamis.

    “Perintah itu termasuk tuntutan untuk menyekat akses di India ke atas akaun milik organisasi berita antarabangsa dan pengguna platform X terkemuka,” katanya.

    Platform X menyatakan bahawa pihaknya tidak bersetuju dengan tuntutan kerajaan India namun telah memulakan proses menyekat akaun-akaun tertentu di India sahaja.

    MENARIK:  Chua, Manivanan menang ketua cabang PKR dalam pemilihan semula

    Kerajaan dalam kebanyakan kes tidak menyatakan hantaran daripada akaun yang telah melanggar undang-undang tempatan India, menurut syarikat itu.

    Menurut X, dalam kebanyakan kes kerajaan tidak menyatakan secara jelas kandungan siaran daripada akaun yang dianggap melanggar undang-undang tempatan.

    “Menyekat keseluruhan akaun bukan sahaja tidak perlu, malah merupakan satu bentuk penapisan terhadap kandungan sedia ada dan akan datang, serta bercanggah dengan hak asasi kebebasan bersuara,” kata syarikat itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah