32 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ilustrasi Jalur Gemilang salah: Siasatan dalaman masih dijalankan – Fadhlina

    Shopee Sale

    Siasatan dalaman berhubung kesilapan pemaparan Jalur Gemilang dalam Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) masih dijalankan, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

    Sehubungan itu, beliau memohon kerjasama semua pihak memberikan ruang sementara siasatan tersebut berlangsung.

    “Kita tidak akan berkompromi dalam soal-soal yang melibatkan siasatan ini. Kita bagi ruang kepada siasatan penuh, sebab saya pun mahukan siasatan penuh dijalankan supaya tidak diulangi kesilapan yang bagi saya telah memberikan kesan besar.

    “Isu Jalur Gemilang bukan main-main, jadi bagi ruang dan kita akan beri komitmen serta sokongan penuh kepada proses siasatan ini,” katanya mengulas perkembangan mengenai insiden berkenaan kepada pemberita selepas merasmikan Anugerah Sukan KPM-MSSM-MILO ke-56 2024, di Putrajaya hari ini.

    MENARIK:  Melaka pantau struktur bangunan merah susulan runtuhan kecil

    Terdahulu, beberapa keping imej yang dijana kecerdasan buatan (AI) dipapar dalam muka surat 14 dan 15 dalam laporan analisis itu, menunjukkan Jalur Gemilang yang silap.

    Susulan itu, Kementerian Pendidikan (KPM) turut memohon maaf atas kesilapan itu dan mengarahkan laporan analisis yang dicetak dikembalikan semula dan pembetulan segera sedang dilakukan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah