32 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nicky Liow akui jumpa PM, dakwa diberi baju AMK lepas menderma

    Shopee Sale

    Ahli perniagaan Nicky Liow hari ini mengesahkan kehadirannya pada satu majlis mengumpul dana berkaitan PKR baru-baru ini, di mana dia dirakam memakai baju Angkatan Muda Keadilan (AMK) sambil berdiri di sebelah Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

    Pada satu sidang media di Petaling Jaya, hari ini, Liow membacakan kenyataan media dalam bahasa Mandarin, manakala peguamnya, Rajpal Singh, menjawab soalan lanjut dalam bahasa Melayu dan Inggeris.

    Liow (kiri) bersama Rajpal Singh

    Penganjur turut mengedarkan salinan "Soal Jawab Media" yang menyenaraikan semua soalan dan jawapan susulan laporan Ahad lalu bahawa seorang lelaki mirip Liow kelihatan di majlis PKR tersebut.

    "Tiada dana besar daripadanya (Liow), tetapi dia memasukkan wang ke dalam tabung sumbangan.

    "Hari itu ada tabung sumbangan. Dia masukkan wang, mereka beri baju (AMK) dan dia memakainya.

    "Dia masih muda [...] Apabila dia menderma dan mereka beri baju itu, dia pakai begitu sahaja tanpa berfikir panjang. Dia tidak sangka itu akan jadi isu besar," kata Rajpal.

    Bekas ketua PKR Cabang Batu, Asheeq Ali Sethi Alivi sebelum ini berkongsi gambar seorang lelaki mirip Liow berdiri bersebelahan Anwar dan seorang lelaki lain pada majlis tersebut.

    Walau bagaimanapun, foto itu, yang dipercayai diambil daripada halaman Facebook Persatuan Kebajikan Yee Aik Banting Selangor - yang anggotanya turut hadir pada majlis tersebut - telah dimuat turun.

    Rajpal hari ini berkata gambar itu dirakam selepas ucapan Anwar.

    "Selepas perdana menteri selesai berucap, dia berjalan ke arah khemah yang pada asalnya khemah VIP tetapi kemudiannya dibuka kepada semua.

    MENARIK:  Sim puji Chow laksana projek cetus perubahan nilai hampir RM30 bilion

    "Ramai orang mengambil gambar di situ termasuk Nicky (Liow). Ia bukan acara khas atau melalui jemputan khusus.

    "Mereka mengambil gambar dan seorang ahli politik kemudiannya menggunakan gambar itu untuk membangkitkan isu besar, atas sebab yang saya tidak pasti," katanya.

    Ketika diminta menjelaskan sebab kehadiran Liow, Rajpal berkata ia berdasarkan jemputan terbuka kepada NGO, termasuk sebuah NGO yang dianggotai oleh pemilik restoran berkenaan.

    Nicky Liow

    Rajpal, yang merujuk kepada persoalan dibangkitkan oleh Asheeq dan anggota parlimen Petaling Jaya Lee Chean Chung mengenai rekod jenayah lampau Liow, menegaskan bahawa anak guamnya telah dibebas dan dilepaskan daripada pertuduhan terlibat dalam kumpulan jenayah terancang.

    Bagi perbicaraan berasingan melibatkan 26 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM36 juta di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Rajpal turut berkata Liow dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA).

    "Tetapi pertuduhan AMLA itu bukan kerana dia seorang penipu. Tiada hal sedemikian. Pertuduhan AMLA itu adalah kerana dia tidak memberikan 'pengisytiharan' yang mencukupi kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.

    "Selepas itu, dia bayar hampir RM400,000 kepada LHDN. Kes-kes tersebut ditarik balik dan diberikan DNAA. Semua pertuduhan AMLA itu," tegasnya.

    Rajpal Singh

    Rajpal, berkata, Liow tidak berhasrat mengambil tindakan undang-undang lanjut terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan "fitnah" terhadapnya, tetapi menggesa agar tiada lagi soalan berbangkit mengenai perkara itu.

    Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh turut mengesahkan bahawa Liow bukan ahli parti tersebut.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah