25.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ibu MB Kedah meninggal dunia

    Shopee Sale

    Ibu kepada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di Alor Setar, hari ini.

    Perkara itu disahkan Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Kedah Muhamad Mat Yakim melalui pesanan WhatsApp kepada pemberita.

    “Al-Fatihah. Bonda Menteri Besar Kedah, Meriam Ahmad, telah menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 9.40 pagi di HSB,” katanya.

    Solat jenazah dan pengebumian dijangka diadakan di Sik, petang ini.

    Sebelum ini media melaporkan Allahyarham menerima rawatan di ICU HSB sejak Isnin.

    Allahyarham yang berusia 74 tahun dipercayai mengalami serangan jantung ketika berada di rumahnya di Sik, dan ditidurkan sejak Isnin,

    Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man turut berkongsi berita itu menerusi hantaran di akaun Facebooknya.

    “Saya ingin merakam ucapan takziah kepada Datuk Seri Muhammad Sanusi atas pemergian bonda yang amat disayangi. Tidak tergambar kesedihan dan keperitan jiwa apabila kita kehilangan bonda yang menjadi ratu dalam hidup.

    MENARIK:  PM: Golongan maha kaya perlu dipertanggungjawabkan

    “Didoakan agar Datuk Seri Muhammad Sanusi tabah, sabar dan cekal. Marilah kita berdoa agar Almarhumah Hajjah Meriam Ahmad diampuni, dirahmati, dikasihi dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin Ya Rabbal A'lamin,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah