27.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Hukum guru guna gambar tentera Cina untuk poster Bulan Kebangsaan’

    Shopee Sale

    Amanah menggesa tindakan wajar dikenakan terhadap guru yang menggunakan gambar tentera Cina untuk poster pertandingan berkaitan sambutan bulan kebangsaan.

    “Hukuman yang sewajarnya mesti diambil agar ia benar-benar menjadi pengajaran kepada semua agar perkara seumpamanya tidak berulang,” kata pengerusi biro pendidikan Amanah Azli Yusof.

    Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau, Ahad lalu, menjalankan siasatan dalaman berhubung poster guru itu untuk pertandingan buku skrap anjuran sebuah sekolah menengah.

    Setakat Ahad lalu, laporan awal diterima daripada sekolah, guru dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Seberang Perai Tengah (SPT).

    Pengarah JPN negeri Datuk Abdul Said Hussain juga memohon maaf atas “kecuaian” guru itu dan berjanji tindakan sewajarnya akan diambil.

    Sementara itu, dalam kenyataan hari ini, Azli bagaimanapun berkata apa yang berlaku bukan sekadar satu kesilapan.

    Malah, katanya, ia tindakan yang “mencemarkan sambutan Bulan Kebangsaan, menghina sumbangan anggota keselamatan tanah air dan mempermainkan kedaulatan negara yang merdeka.”

    ‘Bimbang ada yang ambil kesempatan’

    MENARIK:  KATA MP l PRU16: Mengapa suara jalan tengah jadi medan penentu

    Dia juga bimbang terdapat pihak yang mengambil kesempatan dengan sengaja menyuburkan sentimen perkauman, membangkitkan kegelisahan awam dan menimbulkan keraguan terhadap kestabilan dan keharmonian negara.

    Terdahulu, poster itu tersebar luas di media sosial dan menerima kecaman orang ramai.

    Guru tersebut juga dilapor memohon maaf, menggantikan dengan poster baru serta menjelaskan dia tidak sengaja menggunakan gambar dari internet itu.

    Poster itu pada mulanya dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp ibu bapa oleh guru sekolah itu pada 15 Ogos sebagai makluman untuk pelajar.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah