28.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hizbullah lancar 24 serangan terhadap tentera Israel di Selatan Lubnan

    Shopee Sale

    Kumpulan Hizbullah pada awal Isnin mendakwa ia melancarkan 24 serangan menyasarkan kedudukan tentera Israel, anggota tentera dan kenderaan tentera di selatan Lubnan dalam tempoh 24 jam lalu, lapor Anadolu Ajansi.

    Kumpulan itu memaklumkan serangan berkenaan menyasarkan kumpulan tentera Israel, kereta kebal Merkava, jentolak D9, peralatan ketenteraan dan pusat pemerintahan yang baharu diwujudkan di beberapa kawasan sempadan termasuk Khiam, Deir Seryan, Tayr Harfa, Bayyada, Rashaf dan Naqoura.

    Menurut kumpulan itu, operasi itu melibatkan explosive drone (dron peledak), bedilan roket, tembakan artileri dan peluru berpandu, selain mendakwa beberapa serangan itu mengenai sasaran yang disahkan.

    Kumpulan itu mendakwa serangan berkenaan dilancarkan sebagai tindak balas terhadap pelanggaran perjanjian gencatan senjata oleh Israel serta serangan ke atas orang awam dan perkampungan di selatan Lubnan.

    MENARIK:  Malaysia perlu seimbangkan hubungan dengan AS, rakan lain - Anwar

    Walaupun gencatan senjata berkuat kuasa sejak 17 April lepas dan kemudian dilanjutkan hingga pertengahan Mei, tentera Israel masih meneruskan serangan harian di Lubnan serta berbalas tembakan dengan Hizbullah.

    Serangan Israel di Lubnan sejak 2 Mac, tidak lama selepas peranang Iran bermula pada akhir Februari, mengorbankan 2,846 orang, mencederakan 8,693 yang lain dan menyebabkan lebih satu juta penduduk kehilangan tempat tinggal.

    Israel turut mengekalkan apa yang dipanggil sebagai "zon penampan" di wilayah Lubnan.

    Amerika Syarikat (AS) dijadual menjadi tuan rumah rundingan damai antara kedua-dua pihak pada 14 hingga 15 Mei ini di Washington DC.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah