26.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hassan Marican akan nasihat PM pula

    Shopee Sale

    Tokoh korporat Hassan Marican akan terus memberikan nasihat kepada kerajaan, namum dalam kapasiti berbeza.

    Bekas penasihat Petronas itu kini mempengerusikan Jawatankuasa Penasihat Dasar (JPD) kepada perdana menteri.

    Menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO), JPD ditubuhkan untuk menasihati soal pembangunan  negara dan daya tahan ekonomi sejajar dengan Ekonomi Madani.

    Jawatankuasa itu turut dianggotai oleh ahli korporat Ahmad Fuad Md Ali serta pakar ekonomi Yeah Kim Leng dan Nungsari Ahmad Radhi.

    PMO berkata JPD ditubuhkan susulan berakhirnya tempoh Jawatankuasa Penasihat Kepada Menteri Kewangan (ACFIN) pada Februari 2024, yang juga dipengerusikan Hassan. 

    “Cadangan-cadangan yang dikemukakan  oleh  ACFIN  telah  mendapat  pertimbangan   sewajarnya  dan sebagian daripadanya kini dalam proses pelaksanaan,” katanya.

    MENARIK:  Cukup-cukuplah pembangkang ‘jual ubat’ - Hajiji

    Anggota JPD tidak akan menerima sembarang bayaran, menurut kenyataan PMO lagi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah