27.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Haramkan syarikat terlibat bekal senjata ke Israel sertai pameran di KL’

    Shopee Sale

    Pemimpin Bersatu Saifuddin Abdullah tuntut kerajaan melarang penyertaan Lockheed Martin dan BAE Systems dalam pameran Natsec Asia 2024.

    Bekas menteri luar Saifuddin Abdullah menggesa kerajaan melarang dua syarikat antarabangsa menyertai dan menaja pameran Pameran Keselamatan Kebangsaan (Natsec) Asia 2024 di Kuala Lumpur kerana didakwa terlibat membekalkan senjata kepada tentera Israel.

    "Kerajaan mesti mengharamkan penglibatan syarikat-syarikat tersebut," katanya pada satu kenyataan hari ini.

    Saifuddin yang juga ketua Biro Antarabangsa Bersatu berkata dia bimbang syarikat Lockheed Martin dan BAE Systems terlibat program anjuran bersama Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri Malaysia.

    "Bersatu mendesak kerajaan supaya mengharamkan penglibatan Lockheed Martin dan BAE daripada menyertai dan menjadi penaja platinum pameran Natsec Asia 2024," tegasnya.

    Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Natsec sedang berlangsung di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (Mitec) di Kuala Lumpur dari 6 Mei (hari ini) hingga 9 Mei.

    Saifuddin berkata Lockheed Martin mengeluarkan jet pejuang F-35 manakala BAE pula membekalkan peralatan yang digunakan oleh Israel dalam serangan ke atas rakyat Palestin, mengakibatkan korban, termasuk wanita dan kanak-kanak.

    Dia berkata penyertaan syarikat-syarikat ini bertentangan dengan nilai-nilai negara dan solidariti yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia terhadap rakyat Palestin.

    Sambil melahirkan kebimbangan lanjut, Saifuddin turut menyoal pendirian Timbalan Menteri Luar Mohamad Alamin (gambar atas) terhadap Israel.

    Tanpa menjelaskan butiran lanjut, Saifuddin mendakwa "kerajaan ini mungkin mengiktiraf Israel dengan alasannya yang lemah."

    MENARIK:  Rempuhan tiga kenderaan di Kota Tinggi: Pemandu maut, seorang lagi parah

    "Adalah dibimbangi bahawa pameran ini menjadi medan halus percubaan untuk menormalisasi hubungan dengan Israel.

    "Justeru, kerajaan mesti mengharamkan penglibatan syarikat-syarikat tersebut," dakwa Saifuddin.

    Untuk rekod, pada Mac lalu, Mohamad Alamin menggesa gencatan senjata segera, penuh dan kekal; menggerakkan dan menyediakan bantuan kemanusiaan kepada mereka yang memerlukan; penubuhan mekanisme untuk memastikan perlindungan bagi rakyat Palestin dan menamatkan kekebalan Israel dan menangani pertanggungjawaban Israel untuk jenayah peranang dan jenayah terhadap kemanusiaan.

    Mohamad Alamin juga menggesa semua negara untuk tidak memberikan sumbangan atau bantuan kepada Israel dalam mengekalkan penafian yang menyalahi undang-undang terhadap hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri (di wilayah Palestin) dan untuk meneruskan proses damai yang membawa kepada penubuhan dan pengiktirafan sebuah negara Palestin yang merdeka berdasarkan sempadan sebelum 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kotanya dan kemasukan Palestin sebagai anggota penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

    [Baca berita asal]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah