29 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hanya 10 hingga 20 peratus siasatan ke atas Ismail Sabri selesai – SPRM

    Shopee Sale

    Walaupun telah disoal berkali-kali berhubung pengisytiharan harta, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata siasatan terhadap bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob masih di peringkat awal.

    Katanya, siasatan hanya selesai kira-kira 10 hingga 20 peratus, sambil menambah bahawa ahli Parlimen Bera itu akan dipanggil untuk disoal siasat semula.

    “Kita akan memanggil beliau dalam tempoh dua minggu lagi kerana ada beberapa dokumen kita minta beliau sediakan dan kes ini masih lagi berjalan.

    “Kali ini (siasatan) adalah berhubung dengan pengisytiharan hartanya, jadi ia memang akan mengambil masa sedikit,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan persidangan antirasuah Asia Tenggara 2025, di Putrajaya, hari ini.

    Sebelum ini, Ismail Sabri sudah tujuh kali dipanggil SPRM, dengan kali terakhir pada Khamis lalu.

    MENARIK:  MIC tak akan lobi jawatan menteri

    Dia disiasat berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram berhubung perbelanjaan dan perolehan dana untuk promosi serta publisiti program Keluarga Malaysia ketika tempoh perkhidmatannya sebagai perdana menteri kesembilan dari Ogos 2021 hingga November 2022.

    Kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

    Pada 3 Mac lalu, Azam dilaporkan berkata Ismail Sabri adalah suspek bagi siasatan kes rasuah serta pengubahan wang haram susulan penemuan wang tunai kira-kira RM170 juta dalam sebuah ‘safe house’ susulan serbuan dilakukan pihaknya.

    SPRM juga dilaporkan menyita 13 akaun membabitkan nilai lebih RM2 juta bagi membantu siasatan kes berkenaan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah