Kemelut rumah tangga pelakon Linda Hashim dan suaminya, Beego terus berpanjangan apabila prosiding perbicaraan pengesahan lafaz taklik yang berlangsung hari ini masih belum menemui penyelesaian.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Perlu Ke Minta Izin Suami Macam Dia, Saya Dah Tanya Ustaz’ – Linda Hashim
Artikel Berkaitan: Linda Hashim Kecewa Beego Sengaja Lambatkan Kes, Lafaz Taklik Ditangguh Pada Februari
Enggan lafaz cerai

Ketika ditemui , Linda atau nama lengkapnya Norhazlinda Hashim, 42, mendakwa Beego enggan melafazkan cerai meskipun soalan berkaitan perkara itu telah diajukan oleh hakim ketika prosiding berlangsung.
Tadi sebenarnya ada soalan juga daripada hakim untuk lafazkan, tapi dia (Beego) tetap tak nak beri kerjasama dan tak nak lafaz juga. Dia terus defend untuk proses seterusnya.
Tak ada (beri alasan), dia memang cakap dia tak nak lafaz hari ini. Dia nak teruskan kes, panjangkan lagi perbicaraan kami ni.
Linda berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pada Isnin.
Menurut Linda, prosiding pada hari ini terpaksa ditangguhkan selepas peguam pihak defendan hadir lewat ke mahkamah.
Tadi Linda yang memberikan keterangan. Cuma masa pun dah suntuk sebab tadi peguam dia datang lambat, jadi kami mula lewat.
Bila mula lambat, keterangan kami ni panjang sebab memang berat dan detail segala benda. Jadi bila dah hampir waktu makan tengah hari, prosiding terpaksa dihentikan dulu.
Sementara itu, pemilik nama Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 46, berkata dia hadir ke mahkamah sebagai pihak defendan dan menghormati proses perundangan yang sedang berjalan.
Kami sebagai pihak defendan memang kena ikut undang-undang. Saya datang pun sebab kena ikut law.
Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menangguhkan prosiding pengesahan lafaz taklik yang difailkan oleh Linda terhadap Beego selepas pihak defendan (Beego) baru sahaja mengemukakan pembelaan.
Sebelum ini, pasangan itu pernah bercerai pada 27 Mac 2023, namun kembali rujuk semula pada 9 April 2023. Berikutan itu, Linda turut menarik balik tuntutan nafkah serta hak penjagaan tiga orang anak mereka.
Bagaimanapun, Linda mendakwa hubungan mereka kembali bergolak sehingga berlakunya perceraian kali kedua beberapa bulan selepas rujuk, sebelum mereka kembali bersama tidak lama kemudian.
Untuk rekod, Linda dan Beego mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan yang kini berusia 12, 11 dan tujuh tahun.
The post Linda Hashim Dakwa Beego Enggan Lafaz Cerai – ‘Dia Nak Panjangkan Kes, Tak Nak Beri Kerjasama’ first appeared on OHBULAN!.





