32.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, August 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hampir semua deposit Bersatu hangus, Berjasa pula kekal deposit

    Shopee Sale

    PRN SEMBILAN | Bersatu sekali lagi mengalami kekalahan besar lantas menimbulkan persoalan, adakah parti pimpinan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin itu masih relevan selepas PAS secara hakikatnya menyingkirkannya daripada PN?

    Keputusan pilihan raya Negeri Sembilan menunjukkan Bersatu kehilangan deposit di 23 dari 24 kerusi ditandinginya selepas gagal memperoleh sekurang-kurangnya 12.5 peratus undi untuk mendapatkan kembali wang deposit.

    Antara calon yang kehilangan deposit ialah Ketua Penerangan Bersatu Tun Faisal Ismail Aziz yang bertanding di Sikamat.

    Satu-satunya calon Bersatu yang berjaya mengekalkan deposit ialah R Sanjeevan, pemangku ketua sayap bersekutu parti itu, yang meraih 19 peratus undi di Jeram Padang.

    Sebelum ini, penganalisis yang ditemui Malaysiakini berkata jika mahu kekal relevan, Bersatu sekurang-kurangnya perlu menjadi pemecah undi PN namun parti itu turut gagal berbuat demikian.

    Sementara itu, Parti Wawasan Negara yang merupakan serpihan Bersatu dan dipimpin bekas timbalan Muhyiddin, Hamzah Zainudin memenangi ketiga-tiga kerusi ditandinginya menggunakan logo PN.

    Satu lagi tamparan terhadap Bersatu berlaku di Nilai apabila Berjasa, parti serpihan PAS, berjaya mengekalkan deposit dengan meraih 18 peratus undi manakala calon Bersatu hanya memperoleh dua peratus undi.

    MENARIK:  Pembatalan e-Jamin susahkan orang susah: Peguam

    Menurut electiondata.my, kali terakhir Berjasa bertanding pada pilihan raya dan berjaya mengekalkan deposit ialah pada PRN Kelantan 1995.

    Urimai yang bertanding di dua kerusi menggunakan logo Bersatu turut kehilangan deposit.

    Setiausaha Agung Bersatu Azmin Ali pada kenyataan selepas kekalahan teruk itu berkata parti berkenaan akan mengkaji keputusan pilihan raya bagi memperkukuh kedudukannya.

    Dia berkata Bersatu juga akan mempertimbangkan pembentukan gabungan baru berteraskan golongan sederhana dan progresif.

    Kenyataan itu dipercayai merujuk Ikatan Prihatin Rakyat, gabungan longgar yang dibentuk Muhyiddin bersama parti komponen PN dan beberapa parti pembangkang lain, termasuk Urimai, Putra, Berjasa, Parti Kemajuan Malaysia dan Parti Perikatan India Muslim Nasional.

    Sementara itu, PH turut kehilangan deposit di Palong apabila calon Amanah hanya meraih sembilan peratus undi manakala calon BN memperoleh 88 peratus undi.

    PSM, semua calon bebas dan parti Orang Asli juga kehilangan deposit mereka.

    Laporan oleh Zikri Kamarulzaman, Koh Jun Lin dan Zarrah Morden

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah