33.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hak Mahathir keluar Bersatu – Wan Fayhsal

    Shopee Sale

    Pemimpin Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata menjadi hak Mahathir Mohd Rais untuk keluar parti dan gabungan PN.

    "Kita hormati keputusannya," kata ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu kepada Malaysiakini ketika ditanya mengenai pengunduran itu.

    Mahathir Mohd Rais (gambar bawah) hari ini mengumumkan dia keluar parti dan meletakkan jawatan sebagai setiausaha Bersatu dan PN Wilayah Persekutuan berkuat kuasa serta-merta.

    Wan Fayhsal juga menolak tanggapan lebih ramai ahli akan keluar parti kerana sentimen seolah-olah Bersatu dan PN menyokong bekas perdana menteri Najib Razak.

    Terdahulu, Mahathir mengumumkan peletakan jawatannya serta-merta melalui sepucuk surat yang ditujukan kepada ketua Bersatu dan PN Wilayah Persekutuan, Mohd Radzi Md Jidin.

    Mahathir tidak memberikan alasan bagi keputusannya, tetapi sebelum ini dia pernah mengkritik tindakan PAS, rakan parti gabungan PN, yang menyertai perhimpunan solidariti Najib.

    MENARIK:  Ribuan berisiko hilang kerja akibat tarif AS, kata kesatuan pekerja

    Dia menyifatkan penglibatan pembangkang itu sebagai "mengecewakan" dan "berbau oportunisme politik."

    Sebelum ini, Umno dan PAS telah bersetuju untuk bersama-sama hadir dalam perhimpunan solidariti bagi menyokong Najib pada 6 Januari di Mahkamah Rayuan, Putrajaya.

    Walaupun Umno menarik diri kemudian namun PAS tetap meneruskan perhimpunan seperti yang dirancang dengan menggerakkan ahli dan penyokongnya.

    Pada Khamis, Wan Fayhsal yang turut hadir dalam perhimpunan itu berkata partinya tiada masalah dengan tindakan PAS mempertahankan Najib secara agresif.

    Jelas ahli parlimen Machang itu, kehadiran pemimpin PN dalam perhimpunan itu kerana titah addendum yang diperjuangkan Najib membabitkan isu kepentingan awam.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah