25.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hadi akui PAS berminat jadi ketua pembangkang

    Shopee Sale

    PAS mengakui parti itu berminat untuk menggalas tugas ketua pembangkang namun tetap mahu mengambil kira pandangan parti lain yang bersama dengan mereka, khususnya PN.

    Bercakap di Rusila pagi tadi, Presiden PAS Abdul Hadi juga menafikan mereka sengaja melengah-lengahkan penentuan siapa yang mahu diangkat sebagai ketua pembangkang selepas Ahli Parlimen Larut, Hamzah Zainudin, dipecat Bersatu.

    “Minat (untuk menggalas tugas ketua pembangkang) ada belaka. Memang orang PAS meminta tapi mesti kena ambik kira dari segi perhitungan politik,” katanya kepada media.

    Pada masa sama Abdul Hadi berkata dia tidak mahu menjadi “diktator” dengan menetapkan siapa yang patut dilantik sebagai ketua pembangkang dan meminta sedikit masa untuk menelitinya.

    “Saya tak tetapkan PAS (jadi ketua pembangkang), cuma saya minta rakan-rakan dari Bersatu yang tak dipecat, yang masih ada kepimpinan beri peluang kepada kami. Saya tak bersifat diktaktor,” katanya lagi.

    Isu siapa yang patut dilantik menjadi ketua pembangjang terus menjadi duri dalam daging dalam hubungan PAS dengan Bersatu ekoran pemecatan Hamzah serta beberapa pemimpin lain dalam Bersatu baru-baru ini.

    Ia menyusul selepas Bersatu berdepan dengan kemelut dalaman yang menyaksikan majoriti ahli parlimen parti itu menyatakan sokongan kepada Hamzah yang juga bekas timbalan presiden parti tersebut.

    Mengekalkan Hamzah sebagai ketua pembangkang bermakna semua pemimpin Bersatu berada di bawah kepimpinan ahli politik terbabit.

    Bukan mesti dalam dua hari

    Ditanya kemungkinan PAS sengaja melengah-lengahkan pelantikan tersebut, Abdul Hadi berkata, partinya tidak terlibat dalam sebarang krisis dalam Bersatu, sebaliknya menumpukan perhatian kepada mengurus PN.

    MENARIK:  Shamsul Iskandar menang ketua cabang Hang Tuah Jaya

    “Apa yang berlaku dalam Bersatu itu (hal) Bersatu,” katanya.

    Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Hadi menjelaskan, PN tidak perlu tergopoh-gapah menamakan sesiapa sebagai pengganti Hamzah, terutama dengan mengambil kira sidang semasa Dewan Rakyat hanya berbaki dua hari lagi.

    Justeru, katanya, buat masa ini Hamzah kekal sebagai ketua pembangkang.

    “(Sidang) Parlimen tinggal dua hari lagi. Selesaikan masalah rakyat dulu, (status) ketua pembangkang kita tangguh,” katanya.

    Untuk rekod, pagi tadi Bersatu sudah menyatakan rasa kurang senang mereka apabila tempoh sidang – yang berbaki dua hari – sebagai alasan untuk menangguhkan pelantikan pengganti Hamzah.

    Tun Faisal Ismail Aziz

    Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz, berkata pertukaran ahli parlimen yang menyandang tugas ketua pembangkang bukan sesuatu yang rumit sehingga perlu mengambil masa yang lama untuk diselesaikan.

    Menyentuh isu itu di media sosial. Tun Faisal berkata, Majlis Tertinggi PN perlu bermesyuarat untuk menamakan seseorang sebagai pengganti Hamzah sebelum diperakui Speaker Dewan Rakyat.

    “Bukannya (mesti) dalam tempoh baki masa dua hari Dewan Rakyat bersidang.

    “Tugas ini lebih mudah lagi jika dasar dan keputusan berkaitan perkara ini dibincangkan dan dipersetujui dalam Mesyuarat Luar Biasa Majlis Tertinggi PN pada 22 Feb lalu.

    “Proses pemakluman status keahlian Ahli Parlimen Bersatu dan PN yang dipecat bukan rocket science,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah