27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    GISBH: KPM ambil alih pendidikan kanak-kanak terjejas mulai Okt

    Shopee Sale

    Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengambil alih aspek pendidikan bagi lebih 300 kanak-kanak yang diselamatkan menerusi Op Global mulai 1 Oktober ini, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

    Fadhlina berkata program pendidikan untuk kanak-kanak tercicir berkenaan, yang tidak mendapat sebarang pendidikan formal sebelum ini, akan menggunakan modul khas di tempat perlindungan mereka sekarang.

    "Proses pendidikan itu akan berlaku di tempat mereka dilindungi. Ketika ini mereka sedang melalui beberapa penilaian termasuk aspek 3M (membaca, menulis, mengira) dan psikososial.

    "Selepas selesai semua sesi, baru KPM akan ambil alih bagi aspek pendidikan," katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan KPM di Putrajaya hari ini.

    MENARIK:  Polis kesan dua individu bakar pacuan empat roda

    Fadhlina berkata pendidikan berdasarkan modul khas itu mengikut tiga kohort iaitu prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah.

    -Bernama

    [Berita lanjut menyusul]


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah