32.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    GISBH: 34 individu tamat reman akan ditahan semula bawah Sosma

    Shopee Sale

    Seramai 34 individu yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) dan telah tamat menjalani tempoh reman akan ditangkap semula di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

    Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata tempoh reman ke atas semua 34 individu itu berakhir hari ini.

    "Seramai 127 orang lagi dibebaskan dengan jaminan setelah selesai tempoh reman dan kita menasihatkan mereka untuk tampil kepada polis sekiranya memerlukan sokongan kebajikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Razarudin berkata polis juga telah memperoleh lanjutan reman terhadap 24 ahli GISBH, termasuk pengurusan tertinggi organisasi itu, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 selama empat hari bermula esok.

    MENARIK:  326 mangsa 'scam' kerja luar negara diselamatkan

    Selain itu, Razarudin berkata hasil siasatan mendapati kaedah perniagaan GISBH dipermudahkan melalui pegangan terhadap Aurad Muhammadiah versi organisasi tersebut, yang berlandaskan ketaksuban dan mendewakan pemimpin, sehingga memutarbelitkan ajaran Islam yang sebenar

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah