27.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Gempa bumi lemah 2.7 skala Richter di Segamat

    Shopee Sale

    Gempa bumi lemah berukuran 2.7 pada skala Richter dikesan berlaku di Jementah, Segamat, Johor pada 7.55 malam tadi.

    Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi itu berpusat pada koordinat 2.5 darjah Utara dan 102.8 darjah Timur, iaitu kira-kira tiga kilometer di barat Segamat dengan kedalaman 10 kilometer.

    "Gegaran turut dirasai di Segamat dan kawasan sekitarnya," menurut MetMalaysia menerusi hantaran di Facebook.

    MENARIK:  Bos Mydin seru orang ramai tak panik susulan spekulasi harga barang akan naik

    Orang ramai yang merasai gegaran akibat gempa bumi itu diminta mengisi borang soal selidik di pautan https://forms.gle/1cWc2YD8DgWpbDJP7.

    MetMalaysia menambah bahawa pihaknya akan terus memantau keadaan tersebut dan mengeluarkan maklumat terkini melalui portal rasmi [ serta platform media sosial jabatan berkenaan.

    — Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah