25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Garis panduan keselamatan, larangan telefon pintar tak lama lagi

    Shopee Sale

    Kementerian Pendidikan (KPM) akan meneliti dan menetapkan garis panduan khusus susulan cadangan pelaksanaan langkah segera bagi meningkatkan tahap keselamatan di semua institusi pendidikan, termasuk cadangan larangan penggunaan telefon pintar di sekolah bagi murid berusia bawah 16 tahun.

    KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan garis panduan berkenaan dijangka diumumkan dalam masa terdekat.

    “KPM menyambut baik keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini yang menggariskan langkah segera bagi menangani isu keselamatan di institusi pendidikan, termasuk usaha meningkatkan pemantauan pihak polis di semua institusi berkenaan.

    “Pada masa sama, KPM turut menyokong hasrat kerajaan menetapkan had umur 16 tahun bagi penggunaan media sosial bagi melindungi kanak-kanak dan remaja daripada ancaman siber, dengan mekanisme pelaksanaannya akan diperincikan oleh Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC),” katanya.

    MENARIK:  Peguam tuntut inkues kematian Zara, jenazah digali untuk bedah siasat

    Menurut KPM, semua institusi pendidikan di bawah seliaannya turut digesa memperkukuh perananan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta komuniti setempat bagi memastikan aspek keselamatan dapat ditingkatkan secara menyeluruh.

    Kerjasama rentas kementerian dan agensi berkaitan itu juga mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam memperkukuh aspek keselamatan di semua institusi pendidikan di bawah KPM.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah