32.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, August 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Garis panduan baru: Hamzah minta rujuk pihak berkepentingan

    Shopee Sale

    Ketua Pembangkang, Hamzah Zainudin mahu kerajaan merujuk terlebih dahulu kepada pihak berkepentingan sebelum memperkenalkan garis panduan baru bagi umat Islam yang menghadiri acara bukan Islam.

    Hamzah yang juga timbalan presiden Bersatu berkata perbincangan tersebut bagi mengelakkan sebarang masalah yang lebih besar pada masa depan.

    “Kalau ada pun cadangan-cadangan yang ingin dikemukakan oleh kementerian patutnya kita bincang dengan semua pihak berkepentingan.

    “Sebenarnya dalam isu agama Islam ini di peringkat negeri-negeri juga perlu diambil kita dan berbincang dengan mereka. Kemudian baru bincang semula dengan peringkat tertinggi untuk kita pastikan ia diselaraskan.

    “Jangan esok di negeri lain buat lain, cara lain, ini akan menimbulkan masalah yang besar,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

    Menurut Hamzah, cadangan tersebut juga perlu dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja.

    “Majlis Raja-Raja juga perlu dimaklumkan terlebih dahulu, baru dibentangkan kalau nak dibentangkan di Parlimen,” katanya.

    MENARIK:  PM: Malaysia amalkan dasar luar seimbang, elak provokatif

    Semalam, Meneri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na'im Mokhtar dalam jawapan bertulisnya mengumumkan bahawa kerajaan akan memperkenalkan garis panduan baru bagi majlis melibatkan umat Islam di rumah ibadat bukan Islam.

    Garis panduan tersebut termasuk syarat mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa agama jika acara itu melibatkan umat Islam, serta memastikan acara tersebut tidak mengandungi unsur yang boleh menyinggung sensitiviti umat Islam.

    Antara unsur yang boleh menyinggung sensitiviti umat Islam termasuk ucapan dan lagu berkaitan agama, risalah agama, persembahan atau ucapan yang menghina Islam; penganjuran acara ketika waktu solat umat Islam lokasi acara yang berdekatan dengan surau, masjid, tanah perkuburan Islam atau tanah wakaf serta premis yang mengandungi simbol agama bukan Islam.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah